Monday 5 March 2012

Mesyuarat KRT Taman SBJ Putra Ke-1/2012

Aktiviti : Mesyuarat KRT 1/2012
Tempat : Dewan Serbaguna Taman SBJ Putra Pasir Pekan
Jam : 9.30 mlam
Tarikh : 5 Mar 2012
Pengerusi : En Kamaruzaman

Majlis yang di Pengerusikan Oleh En Kamaruzaman

Tetamu jemputan Pegawai KRT Tumpat

Taklimat yang di sampaikan Oleh En Abdullah,Pengerusi SRS Taman SBJ Putra.



MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN.

Balu Arwah Cikgu Zaini,Bekas SU KRT SBJ

En Hj Adnan,Mewakili Balu En Wan Hussin.

Sumbangan Cek yang bernilai RM 1,000.00 untuk khairat kematian telah disempurnakan oleh Pegawai KRT Tumpat En Shahrul,semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh balu berkenaan.

Tugas Pasukan SRS SBJ Putra

Salam,
Seperti mana yang semua maklum,tugas Skim Ronda Sukarela,adalah mengawal keselamatan tempat yang telah di tugaskan,walau bagaimanapun tugas SRS tidak hanya untuk mengawal keselamatan sahaja,ia juga bertanggungjawab dari segi penjagaan tingkahlaku penduduknya,sebagai contoh,pihak SRS boleh memberi teguran ataupun nasihat kepada penduduk jikalau didapati ianya melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan undang-undang seperti berdua-dua ditempat sunyi,membawa kenderaan dengan laju di kawasan taman perumahan,menjalankan perniagaan haram seperti mengedar,mengguna barangan khayal,menjual CD cetak rompak atau apa-apa yang salah di sisi Agama dan Undang-Undang.
Tujuan penubuhan adalah untuk memberi keselamatan,keamanan dan keselesaan kepada penduduk.Kerjasama penduduk yang bersama-sama keluar menjaga ini dapat lagi mengeratkan hubungan jiran tetangga,saling kenal mengenali diantara satu sama lain,memupuk kesedaran sesama penduduk tentang tanggungjawab yang sama-sama dipikul.Bak kata perpatah melayu,bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat.Yang berat sama dipikul,yang ringan sama di jinjing.
Tugas Skim Ronda Sukarela dibawah KRT bukanlah satu paksaan,ia adalah tugas yang dijalankan dengan hati yang terbuka dan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan taman perumahan.Bagi penduduk Taman SBJ Putra,pihak SRS telah memberi tugasan kepada setiap ahlinya agar bertugas 1 malam bagi sebulan bermula jam 12.00 mlm sehingga 3.00 pagi,ini bermakna ahli SRS hanya bertugas 12 malam seorang untuk setahun.
Jadi kami menyeru kepada semua penduduk Taman SBJ Putra Pasir Pekan,agar dapat berganding bahu dan sama-sama memberi sokongan terhadap program yang dijalankan ini.sekian.

### Keselamatan Taman Tanggungjawab kita bersama ###

Wednesday 16 November 2011

SEKITAR LAWATAN SEHARI MENTERI DALAM NEGERI DAN MENTERI KPDNKK KE KELANTAN

Sekitar lawatan kerja sehari Menteri Dalam Negeri YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)Malaysia YB Dato'Seri Ismail Sabri Yaakob,sempena Majlis Pelancaran Penugasan Pemantauan Stesen Minyak Sempadan Negara pada 13 November 2011

.
Stesen Minyak Esso Pasir Pekan
Yang Berhormat Menteri sempat singgah ke beberapa buah stesen minyak di sepanjang laluan YB Menteri dari Kg Salor ke Kota Bharu,bagi melihat sendiri pemantauan yang di jalankan oleh pihak RELA Kelantan.

Wednesday 21 September 2011

SRS Taman SBJ Putra Pasir Pekan

Tuan-Tuan

Untuk Makluman,Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Pasir Pekan telah pun diwujudkan dan ditubuhkan di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT)Jajahan Tumpat,Kelantan.Taman SBJ Putra Pasir Pekan.SRS ini ditubuhkan bagi membuat pemantauan dan kawalan keselamatan di kawasan KRT Taman SBJ Putra. Ini bagi melindungi dan mencegah kejadian jenayah, unsur-unsur yang tidak sihat dan gejala sosial daripada berlaku.Disamping memastikan kawasan ini berada di dalam keadaan selamat dan selesa untuk didiami oleh semua warga Taman SBJ Putra Pasir Pekan.

Dengan adanya KRT dan SRS ini, secara tidak langsung ianya dapat mewujudkan satu komuniti penduduk yang bersatu padu, saling kenal mengenali dan bekerjasama serta dapat mewujudkan perpaduan diantara penduduk melalui aktiviti-aktiviti dan program yang diadakan.

Bagi memastikan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dapat diadakan dan berjalan dengan baik dan lancar, penyertaan dari penduduk KRT Taman amatlah dialu-alukan khususnya kaum lelaki (ketua keluarga)bagi menyertai dan bersama-sama ahli SRS dalam melaksankan rondaan ini secara bergilir-gilir mengikut jadual bertugas yang akan ditetapkan.

Tuan-tuan yang ingin mendaftar bagi menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS)KRT Taman SBJ Putra ini boleh menghubungi En Che Abdullah 019-944 6815

Sokongan dan kerjasama anda semua dalam menyertai SRS ini amat-amtalah diharapkan demi keselamatan dan keselesaan bersama.

Che Abdullah Che Cob
Ketua SRS KRT Taman SBJ Putra Pasir Pekan.

Tuesday 20 September 2011

Majlis Hari Raya Taman SBJ Putra Pasir Pekan

Salam Aidilfitri,
Bertempat di perkarangan Masjid Putra SBJ Pasir Pekan pihak KRT SBJ Putra telah mengadakan majlis jamuan Hari Raya Puasa dengan kerjasama Persatuan Pendudk Taman,Masjid,Ikram,Khairat Kematian dan Biro Wanita SBJ Putra pada 16 September 2011.

Kehadiran para jemputan terdiri daripada semua ahli SRS negeri Kelantan dan tetamu terhormat Pengarah KRT Negeri Ke




lantan Yang Berbahagia Hj Abdul Hadi Mohd Salleh,Yang Berhormat Datuk Mohammad Yaacob (Timbalan Menteri Besar Kelantan)Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar,Yb Che Abdullah Adun Pasir Pekan dan Ketua Balai Polis Wakaf Bharu juga turut sudi menjayakan majlis pada hari tersebut.

Sambutan majlis Hari Raya pada kali ini amat meriah dengan kehadiran para tetamu yang amat ramai dan diserikan lagi dengan pemberian Duit raya kepada kanak-kanak.Dengan kehadiran tetamu melebihi daripada satu ribu orang,pelbagai kerenah dan ragam terutama kanak-kanak dapat di saksikan.
Mengikut kata Pengerusi Taman SBJ Putra Yang Berbahagia Mohd Nawawi Hj Adam,tujuan majlis diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim para penduduk Taman SBj dan sekitarnya.

Melihat pada kehadiran tetamu pada hari tersebut,pihak akan berusaha untuk mengekalkan program tersebut sebagai program tahunan.
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan yang di berikan oleh anda semua.Sekian

Latarbelakang



Nama : Che Abdullah Bin Che Cob
Alamat : Pt 1569,Jalan 8,Taman SBJ Putra Pasir Pekan,16250 Wakaf Bharu Kelantan.
No Tel : 019-944 6815
No SRS : SB01
Jawatan : Ketua SRS KRT SBJ Putra Pasir Pekan.
Peranan Ketua SRS :
1.Mempastikan kawalan keselamatan setiap masa.
2.Sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penduduk.
3.Menolong pihak berkuasa menangani jenayah setempat.
4.Mempastikan keselamatan Ahli SRS dan berdaftar dengan KRT Negeri bagi memudahkan pampasan daripada sebarang kemalangan.
5.Selalu mengambil berat keadaan dan keselesaan penduduk taman.