Monday 5 March 2012

Mesyuarat KRT Taman SBJ Putra Ke-1/2012

Aktiviti : Mesyuarat KRT 1/2012
Tempat : Dewan Serbaguna Taman SBJ Putra Pasir Pekan
Jam : 9.30 mlam
Tarikh : 5 Mar 2012
Pengerusi : En Kamaruzaman

Majlis yang di Pengerusikan Oleh En Kamaruzaman

Tetamu jemputan Pegawai KRT Tumpat

Taklimat yang di sampaikan Oleh En Abdullah,Pengerusi SRS Taman SBJ Putra.



MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN.

Balu Arwah Cikgu Zaini,Bekas SU KRT SBJ

En Hj Adnan,Mewakili Balu En Wan Hussin.

Sumbangan Cek yang bernilai RM 1,000.00 untuk khairat kematian telah disempurnakan oleh Pegawai KRT Tumpat En Shahrul,semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh balu berkenaan.

Tugas Pasukan SRS SBJ Putra

Salam,
Seperti mana yang semua maklum,tugas Skim Ronda Sukarela,adalah mengawal keselamatan tempat yang telah di tugaskan,walau bagaimanapun tugas SRS tidak hanya untuk mengawal keselamatan sahaja,ia juga bertanggungjawab dari segi penjagaan tingkahlaku penduduknya,sebagai contoh,pihak SRS boleh memberi teguran ataupun nasihat kepada penduduk jikalau didapati ianya melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan undang-undang seperti berdua-dua ditempat sunyi,membawa kenderaan dengan laju di kawasan taman perumahan,menjalankan perniagaan haram seperti mengedar,mengguna barangan khayal,menjual CD cetak rompak atau apa-apa yang salah di sisi Agama dan Undang-Undang.
Tujuan penubuhan adalah untuk memberi keselamatan,keamanan dan keselesaan kepada penduduk.Kerjasama penduduk yang bersama-sama keluar menjaga ini dapat lagi mengeratkan hubungan jiran tetangga,saling kenal mengenali diantara satu sama lain,memupuk kesedaran sesama penduduk tentang tanggungjawab yang sama-sama dipikul.Bak kata perpatah melayu,bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat.Yang berat sama dipikul,yang ringan sama di jinjing.
Tugas Skim Ronda Sukarela dibawah KRT bukanlah satu paksaan,ia adalah tugas yang dijalankan dengan hati yang terbuka dan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan taman perumahan.Bagi penduduk Taman SBJ Putra,pihak SRS telah memberi tugasan kepada setiap ahlinya agar bertugas 1 malam bagi sebulan bermula jam 12.00 mlm sehingga 3.00 pagi,ini bermakna ahli SRS hanya bertugas 12 malam seorang untuk setahun.
Jadi kami menyeru kepada semua penduduk Taman SBJ Putra Pasir Pekan,agar dapat berganding bahu dan sama-sama memberi sokongan terhadap program yang dijalankan ini.sekian.

### Keselamatan Taman Tanggungjawab kita bersama ###